Rabu, 9 September 2015

model THE BIG6

PENGENALAN THE BIG SIX?

-merupakan strategi penyelesaian sesuatu masalah yang sangat berkesan 

-Model ini diperkenalkan  oleh dua orang warga Amerika Syarikat iaitu Micheal B. Eisenberg dan Robert Berkowitz pada tahun 1987


-Terdapat enam fasa dalam kaedah model The Big6


1.MENGENALPASTI DAN MENENTUKAN TUGAS 
   -Memahami tugasan 

   -Menggunakan pelbagai sumber rujukan 

   -Membaca pelbagai bentuk maklumat 

   -Membina soalan-soalan awal 

   -Menentukan maklumat yang diperlukan 

   -Menentukan skop sumber rujukan 

  -Berbincang seandainya mengalami masalah dalam menentukan maklumat   
        
 2. STRATEGI PENCARIAN MAKLUMAT
-Membina kata-kata rujukan khas berkaitan topik

-Menyediakan kenyataan carian

-Mengesan berdasarkan OPAC atau lain-lain pengkalan data secara talian

-Akses pelbagai bentuk media rujukan

-Mengulang meneliti sumber-sumber topik untuk mengenalpasti masalah maklumat

-Bina peta minda atau rajah (diagram) berkaitan topik utama dan subtopik

3-LOKASI DAN AKSES 
- Memahami lokasi dan organisasi bahan rujukan di PSS

-Menggunakan sistem organisasi bahan dan komunikasi untuk menentukan lokasi dan mengakses bahan

-Menggunakan isi kandungan, glosari,bibliografi, kronologi dll untuk menentukan lokasi bahan

-Memahami cara pencarian menggunakan indeks (cetakan) dan elektronik serta Ensiklopedia
 
  -Memahami bagaimana menggunakan enjin carian dan arahan untuk mengesan maklumat

-Menentukan pelbagai sumber rujukan sama ada secara cetakan ataupun media elektronik

-Menggunakan kemudahan teknologi untuk melihat laman web berkaitan topik untuk dilaksanakan prapilih  bahan


4-KEGUNAAN MAKLUMAT
-Gunakan teknik “skimming and scanning”

-Pilih dan baca/dengar/lihat

-Tentukan sumber utama dan sekunder

-Kumpul dalam bentuk catatan bibliografi
terjemahkan maklumat visual yang diperolehi dari peta, graf, carta dll. 
-Kenal pasti pandangan (point of view) dan bias

-Kumpul bukti dan bahan lain bagi menyokong
penyelidikan atau tugasan
-Buat penilaian tentang laman web (www) dan
  lain-lain sumber maklumat dari segi ketepatan,
kredibiliti, kebolehpercayaan, pengarangan, usia dan bentuk pandangan

5-SINTESIS  

  -Bina rangka/draf/skrip/susunan 

-Berdasarkan nota tugasan

-Memahami keperluan tugasan 

-Pilih format media di mana pengetahuan  baru tersebut boleh disebarkan


-Uruskan hasil tugasan dengan sebaiknya 

-Sebarkan / sampaikan hasil tugasan

-Gunakan pelbagai media yang bersesuaian
6-PENILAIAN 
-Gunakan kriteria tertentu untuk menilai tugasan sendiri dan rakan berkaitan kandungan, kerjasama, kemahiran mendengar dan penyelidikan
-Nilaikan tahap kegunaan dan kesesuaian  sumber rujukan yang digunakan
-Kenalpasti maklumat, media dan kemahiran teknologi (IT) yang  
 diperolehi



Image result for the big six skills model